1.1 Pengertian Ekonomi:
Berikan maksud ekonomi
Satu ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
** Kehendak -- keinginan individu untuk memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan.
Sumber ekonomi / faktor pengeluaran adalah seperti berikut :
1. Tanah ( T )
2. Buruh ( B )
3. Modal ( M )
4. Usahawan ( U )
Soalan SPM 2008 ( 1. a )
Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang.
Sumber ekonomiyang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang adalah tanah , buruh , modal dan usahawan.
Tanah adalah anugerah alam semulajadi yang terhad penawarannya. Ia merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Contohnya adalah sumber hutan , galian , sumber laut dan hasil bumi. Ganjarannya SEWA.
Buruh adalah tenaga manusia yang disumbangkan samada dalm bentuk fizikal atau mental. Ia terdiri daripada buruh mahir dan tidak mahir. Contohnya adalah guru , jentera dan doktor. Ganjarannya UPAH.
Modal adalah alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran, ia dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran. Contohnya adalah Jentera , kilang dan mesin. Ganjarannya Faedah /Dividen .
Usahawan adalah individu yang menggabung faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan darang danperkhidmatan, beliau sanggup menanggung risiko. Contohnya peniaga , peruncit dan pemborong. Ganjarannya Untung.
MASALAH EKONOMI
Konsep Kekurangan , Pilihan dan Kos Lepas.
1. Kekurangan : Sumber ekonomi terhad tetapi kehendak tidak terhad.
2. Pilihan : Kehendak yang tidak terhad disusun mengikut keutamaan
dan dipilih mengikut kemampuan sumber yang ada.
3. Kos lepas : Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat
daripada pemilihan barang terbaik.
** Masalah ekonomi berlaku kepada 3 unit ekonomi : Isirumah , firma & kerajaan.
Bagaimanakah unit-unit ekonomi menghadapi masalah ekonomi?
Soalan SPM.
1. Berikut adalah maklumat tentang sebuah Negara.
Kerajaan telah menangguhkan projek hidroelektrik bernilai
RM5.8 bilion untuk projek pembinaan Lebuhraya Klang-Banting.
Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan itu.
Jawapan :
Kerajaan menghadapi kekurangan sumber hasil negara. Dengan itu pilihan akan dibuat bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat dengan membina Projek Lebuhraya Klang-Banting. Maka kos lepasnya ialah projek hidroelektrik.
2. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat XYZ Sdn. Bhd.
Syarikat XYZ Sdn. Bhd berhasrat mengeluarkan kasut
power & stokin. Walau bagaimanapun syarikat tersebut
menghadapi masalah ekonomi.
Bagaimankah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut?
Jawapan :
Syarikat XYZ menghadapi kekurangan modal. Dengan itu pilihan akan
dibuat bagi memaksimumkan keuntungan iaitu mengeluarkan
kasut power maka kos lepasnya ialah stokin iatu keluaran
kedua terbaik.