Ikuti program latihan , skop A+!

Monday, October 25, 2010

SISTEM EKONOMI

Terdapat 4 sistem ekonomi yang utma , iaitu Sistem Ekonomi Kapitalis , Sistem Ekonomi Perancangan Pusat , Sistem Ekonomi Campuran dan Sistem Ekonomi Islam.

Ciri-ciri utama :
Sistem Ekonomi Kapitalis
a. Pemilik sumber
Faktor pengeluaran seperti tanah, modal , dan buruh dimiliki oleh sektor swasta.
b. Pembuat Keputusan
Individu dan sektor swasta bebas membuat keputusan ekonomi yang sangat dipengaruhi oleh motif keuntungan.
c. Pilihan
Pengguna bebas membuat pilihan barang dan pekerjaan.
d. Penentu harga
Harga barang-barang ditentukan oleh mekanisme harga.
e. Persaingan
Persaingan bebas wujud dalam pasaran.
f. Motif
motif firma ialah memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

a. Pemilik Sumber

Semua faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan.

b. Pembuat Keputusan

Kerajaan akan menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Pengguna tidak berkuasa untuk menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. Kerajaan membuat segala keputusan ekonomi.

c. Pilihan

Pengguna mempunyai pilihan yang terhad.

d. Penentu Harga

Harga barang-barang ditetapkanoleh kerajaan.

e. Persaingan

Persaingan tidak wujud dalam pasaran.

f. Motif

Motif firma ialah menjaga kebajikan rakyat.




Friday, October 22, 2010

MASALAH ASAS EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi
a. Apa hendak dikeluarkan
Penentuan jenis barang , bergantung kepada permintaan.
b. Berapa hendak dikeluarkan
Penentuan kuantiti barang , bergantung kepada permintaan.
c. Bagaimana hendak dikeluarkan
Penentuan teknik pengeluaran barang yang paling cekap samada
intensif buruh atau intenisf modal bagi memaksimumkan keuntungan.
d. Untuk siapa dikeluarkan
Penentuan corak agihan barang , bergantung kepada agihan pendapatan
( kuasa beli )

Contoh soalan SPM:
Syarikat TITI mempunyai modal wang dan ingin membuka sebuah firma
pengeluaran makanan ringan dengan menggunakan mesin yang diimport
dari Jepun.
Nyatakan dan terangkan masalah asas yang belum diselesaikan oleh firma tersebut.

Jawapan :
Masalah asas yang belum diselesaikan ialah :
i. Berapakah hendak dikeluarkan
Bergantung kepada mekanisme harga di pasaran.
Jika permintaan tinggi di pasaran, maka firma akan keluarkan banyak dan sebaliknya.

ii. Untuk Siapakah dikeluarkan.
Bergantung kepada corak agihan pendapatan.
Golongan kaya akan mendapat lebih kerana kuasa beli yang tinggi

berbanding golongan miskin.

JENIS BARANG

Jenis-jenis Barang
a. Barang Ekonomi
b. Barang Percuma
c. Barang Awam

Konsep barang ekonomi merujuk kepada semua barang yang diperlukan oleh manusia tetapi jumlahnya terhad.

Ciri-ciri penting barang ekonomi;
* Penawarannya terhad.
* Perlu membayar
* Penggunaannya mengecualikan orang lain daripada menggunakannya.
* Terdapat persaingan
* Mempunyai kos lepas.

Ciri-ciri barang percuma;
* Penawaran barang percuma adalah tidak terhad dan dapat diperoleh
oleh semua orang orang tanpa mengorbankan penggunaan barang lain.
* Tidak melibatkan bayaran.
* Tiada kos lepas.


Ciri-ciri Barang Awam;
* Disediakan oleh kerajaan bagi kegunaan ramai tanpa bayaran atau bayaran sedikit.
* Tiada persaingan tentang penggunaannya.
* Tidak mengecualikan orang lain daripada menggunakannya.

Contoh Soalan SPM
1. Gambar-gambar di bawah menunjukkan dua jenis barang.


( i ) Nyatakan kedua-dua jenis barang di atas.

( ii ) Terangkan ciri-ciri barang tersebut/


Jawapan :

( i ) Periuk nasi - barang ekonomi , sterika - barang ekonomi

( ii ) Periuk nasi dan sterika merupakan barang ekonomi. Kedua-dua jenis

barang disediakan oleh pihak swasta .Penawarannya terhad .

Penggunaannya perlu bayaran dan melibatkan kos lepas.



2. Nyatakan jenis barang dan ciri-ciri barang di bawah .


Jawapan :

Lampu lalu lintas adalah barang awam. Disediakan oleh kerajaan.

Penawarannya terhad. Penggunaannya tidak perlu bayaran.

Ia melibatkan kos lepas.

Tuesday, October 19, 2010

Bab 1 : Pengenalan Kepada Ekonomi

1.1 Pengertian Ekonomi:
Berikan maksud ekonomi
Satu ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

** Kehendak -- keinginan individu untuk memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan.

Sumber ekonomi / faktor pengeluaran adalah seperti berikut :
1. Tanah ( T )
2. Buruh ( B )
3. Modal ( M )
4. Usahawan ( U )

Soalan SPM 2008 ( 1. a )
Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang.

Sumber ekonomiyang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang adalah tanah , buruh , modal dan usahawan.

Tanah adalah anugerah alam semulajadi yang terhad penawarannya. Ia merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Contohnya adalah sumber hutan , galian , sumber laut dan hasil bumi. Ganjarannya SEWA.

Buruh adalah tenaga manusia yang disumbangkan samada dalm bentuk fizikal atau mental. Ia terdiri daripada buruh mahir dan tidak mahir. Contohnya adalah guru , jentera dan doktor. Ganjarannya UPAH.

Modal adalah alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran, ia dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran. Contohnya adalah Jentera , kilang dan mesin. Ganjarannya Faedah /Dividen .

Usahawan adalah individu yang menggabung faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan darang danperkhidmatan, beliau sanggup menanggung risiko. Contohnya peniaga , peruncit dan pemborong. Ganjarannya Untung.


MASALAH EKONOMI
Konsep Kekurangan , Pilihan dan Kos Lepas.

1. Kekurangan : Sumber ekonomi terhad tetapi kehendak tidak terhad.

2. Pilihan : Kehendak yang tidak terhad disusun mengikut keutamaan

dan dipilih mengikut kemampuan sumber yang ada.

3. Kos lepas : Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat

daripada pemilihan barang terbaik.

** Masalah ekonomi berlaku kepada 3 unit ekonomi : Isirumah , firma & kerajaan.

Bagaimanakah unit-unit ekonomi menghadapi masalah ekonomi?

Soalan SPM.
1. Berikut adalah maklumat tentang sebuah Negara.
Kerajaan telah menangguhkan projek hidroelektrik bernilai
RM5.8 bilion untuk projek pembinaan Lebuhraya Klang-Banting.
Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan itu.

Jawapan :
Kerajaan menghadapi kekurangan sumber hasil negara. Dengan itu pilihan akan dibuat bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat dengan membina Projek Lebuhraya Klang-Banting. Maka kos lepasnya ialah projek hidroelektrik.

2. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat XYZ Sdn. Bhd.

Syarikat XYZ Sdn. Bhd berhasrat mengeluarkan kasut

power & stokin. Walau bagaimanapun syarikat tersebut

menghadapi masalah ekonomi.

Bagaimankah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut?

Jawapan :
Syarikat XYZ menghadapi kekurangan modal. Dengan itu pilihan akan
dibuat bagi memaksimumkan keuntungan iaitu mengeluarkan
kasut power maka kos lepasnya ialah stokin iatu keluaran
kedua terbaik.